...

Sistem Maklumat Eksekutif secara atas talian atau dikenali sebagai EIS RT Online (Executive Information System) dibangunkan untuk membantu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan mencapai dan memperolehi maklumat-maklumat perancangan RSN dan RT dengan mudah dan ringkas. Penghasilannya bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna berkongsi maklumat dan melaksana aktiviti pemetaan melalui paparan antaramuka yang interaktif dan fungsi GIS yang mesra pengguna (user-friendly).

Penyediaan EIS umumnya memudahkan pengguna memanipulasi pelan dan data yang merangkumi paparan lapisan-lapisan GIS, carian dan pertanyaan maklumat GIS, capaian laporan dan pelan RSN mahupun RT. Berlandaskan format data yang seragam serta penyediaan pangkalan data GIS secara berpusat serta penyelarasan data diperingkat makro dan mikro, EIS dilihat membantu pengguna mencapai dan mengakses data-data GIS dengan efisien dan pantas.